Rumpai Laut

 
Sumber: Utusan Online
Rumpai laut merupakan tumbuhan alga lautan yang bersifat makroskop, multisel dan makrotalik. Rumpai laut digunakan secara meluas sebagai makanan oleh masyarakat pesisir pantai, terutamanya di Asia Timur, contohnya China, Jepun, Korea, Taiwan dan Vietnam. Sila klik di sini atau layari di sini. 
Di Malaysia, rumpai laut telah dikenal pasti sebagai sumber ekonomi baru yang sedang dimajukan untuk memberi pendapatan kepada nelayan khususnya di Sabah. Pembangunan industri berkaitan rumpai laut antaranya melibatkan pewujudan estet mini, pengkulturan spesies Glacilaria sp dan Gelidium sp selain membangunkan sektor pemprosesan rumpai laut. Penduduk luar bandar terutamanya yang berada di pinggir atau perairan Sabah antara yang mendapat manfaat daripada projek pengkulturan rumpai laut. 

Sumber: Utusan Online 

Rumpai laut mempunyai khasiat yang amat baik kepada tubuh badan manusia terutamanya dalam aspek kecantikan. Antara manfaat yang diperoleh dengan pengambilan rumpai laut ialah:
  • Mengurangkan proses penuaan seperti kedutan dan kulit kendur. 
  • Melicin, menegang, menghalus dan melembapkan kulit.
  • Mempercepat pengecutan jerawat dan memudarkan kesan parut.
  • Merangsang penghasilan sel-sel baru kulit dan menyembuhkan luka.
  • Merawat kegatalan kulit.
  • Memejalkan payudara, punggung dan otot.
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Menyeimbangkan berat badan dan menstabilkan hormon. 
  • Menguatkan sistem imun dan metabolisme dalam badan.
  • Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot serta mengelak gangguan saraf.
  • Sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis dan reumatik
  • Menurunkan paras kolesterol dan menstabilkan kandungan gula dalam darah.
  • Meningkatkan fungsi pencernaan serta merawat gastrik.
  • Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir). 
  • Mengurangkan risiko kanser kerana rumpai laut mengandungi borang serat yang boleh membantu mengikat karsinogen
  • Meningkatkan kualiti tidur.
  • Menggalakkan kesihatan yang lebih berkualiti.
Nutrien yang terkandung dalam rumpai laut berbanding makanan yang lain.

“100% organik, bebas daripada bahan kimia, pewarna dan pengawet”

HARGA
Kami menawarkan harga yang terbaik kerana rumpai laut ini 100% organik, bebas daripada bahan kimia dan diambil semasa masih segar terus daripada peraih di Semporna, Sabah. Harga yang ditawarkan juga adalah antara yang termurah di pasaran.

Rumpai Laut Putih / Ungu
200 gram : RM10
500 gram : RM20
1 kg : RM35
5 kg : RM165 (RM33/kg)
10 kg : RM300 (RM30/kg)

Rumpai Laut Hijau
Disebabkan harga pasaran yang lebih mahal, kami hanya menerima tempahan melebihi 3kg sahaja. Tempahan rumpai laut hijau di bawah 3kg perlulah membuat tempahan serentak untuk rumpai laut putih/ungu sekurang-kurangnya mencapai berat 5kg bagi kedua-dua jenis rumpai laut. 

200 gram : RM25
500 gram : RM40
1 kg : RM65
5 kg : RM300 (RM60/kg)
10 kg : RM550 (RM55/kg)

**Kos pos percuma untuk belian 1kg dan ke atas sahaja**

Untuk pembelian melebihi 50 kg, sila hubungi kami untuk dapatkan harga istimewa ^__^

Sumber: Utusan Online

CARA PENYEDIAAN 1 (untuk lebih jimat)
  • Basuh rumpai laut seperti membasuh beras sebanyak 5-6 kali.
  • Rendam rumpai laut yang telah dibasuh semalaman (6-8 jam).
  • Selepas melalui proses rendaman, basuh sekali lagi 5-6 kali dan toskan. 
  • Air rendaman dan basuhan boleh digunakan untuk merendam kaki. 
  • Masukkan kira-kira 100gram rumpai laut dengan 2 liter air untuk direbus.
  • Rebus dengan api perlahan dalam 30-45 minit.
  • Kacau hingga rumpai laut hancur dan mencair.
  • Masukkan ke dalam bekas. Asingkan untuk penggunaan masker dan yang ingin dimasukkan dalam minuman.
  • Masukkan ke dalam peti sejuk (bukan bahagian sejuk beku).
CARA PENYEDIAAN 2 (untuk kesan yang lebih cepat)
  • Basuh rumpai laut seperti membasuh beras sebanyak 5-6 kali.
  • Rendam rumpai laut yang telah dibasuh semalaman (6-8 jam).
  • Selepas melalui proses rendaman, basuh sekali lagi 5-6 kali dan toskan. 
  • Air rendaman dan basuhan boleh digunakan untuk merendam kaki. 
  • Masukkan rumpai laut ke dalam blender dan kisar.
  • Masukkan ke dalam bekas. Asingkan untuk penggunaan masker dan yang ingin dimasukkan dalam minuman.
  • Masukkan ke dalam peti sejuk (bukan bahagian sejuk beku).
CARA PENGGUNAAN 
  • Ambil 2-3 sudu besar rumpai laut dari peti sejuk sebelum memberus gigi atau setengah jam sebelum sarapan pada waktu pagi dan sebelum tidur pada waktu malam.
  • Boleh dimakan begitu sahaja atau digaul bersama minuman berperisa.
  • Banyakkan meminum air kosong bagi melancarkan pembuangan toksin dan memaksimumkan penyerapan khasiat daripada rumpai laut.
  • Untuk kesan yang lebih cepat, anda digalakkan mengambil Vitamin C.
Sumber: The Star UK

Rumpai laut juga boleh diolah menjadi minuman dan makanan yang menyelerakan. Resepi yang paling popular dan digemari oleh masyarakat pada hari ini ialah kerabu rumpai laut. Selain itu, terdapat beberapa resepi seperti minuman dan pencuci mulut. Antaranya ialah:

MINUMAN RUMPAI LAUT

Bahan-bahan :
  • Longan / laici
  • Barli (rebus sampai kembang)
  • Cincau (dipotong kiub) 
  • Gula 
  • Air kosong
  • Rumpai laut (rendam sampai kembang)
Masukkan semua bahan kecuali rumpai laut ke dalam periuk. Tuang air dan masak hingga mendidih. Apabila ingin menikmati minuman, barulah rumpai laut yang telah kembang tadi dimasukkan ke dalam minuman. Boleh dihidangkan panas atau sejuk.
** Rumpai laut tidak boleh dimasak kerana akan menjadi cair seperti jeli.

PUDING MANGGA

Sumber: Utusan Online

Bahan-bahan :
  • 1 cawan rumpai laut (rendam semalaman)
  • 1 liter air
  • 1 liter susu penuh krim
  • 1 1/2 cawan gula (ikut kemanisan yang dihendaki)
  • 1 sudu perisa mangga (boleh juga digantikan dengan oren atau strawberi)
Masukkan rumpai laut dan air di dalam periuk. Masak sehingga cair. Masukkan gula dan susu sehingga mendidih. Masukkan perisa mangga, gaul perlahan. Sejukkan di dalam bekas dan simpan ke dalam peti ais.

Sebarang pertanyaan atau komen, sila isikan di ruangan komen atau ajukan kepada butiklisa11@yahoo.com

2 comments:

  1. As salam, maklumat dan info yang dipaparkan ini amat berguna dan patut untuk diketahui kita bersama terutamanya akan kelebihan rumpai laut ini. Cuba tuan/puan alami dan rasai sendiri keajaiban rumpai laut ini.

    Terima kasih
    www.hansseaweed.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. Benar en. Hanafi, yg dah try je akan rasai khasiat seaweed ni.

      Delete